Kes Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan kepada tiga angka

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 18 Okt: Sarawak hari ini mencatatkan kes sebanyak 694 kes Covid-19 baharu yang menunjukkan penurunan kes berbanding semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, seramai 656 melibatkan kategori satu dan dua, manakala seramai 38 atau 5.48 peratus terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

“Seramai 190 kes melibatkan kategori satu (tidak bergejala gejala) , 466 adalah dari kategori dua (Gejala ringan), dan 38 atau 5.48 peratus adalah dari kategori tiga yang melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan Oksigen dan bantuan Ventilator,” maklum JPBNS lagi.

Dalam perkembangan yang sama, JPBNS turut memaklumkan terdapat 13 kes kematian Covid-19 turut direkodkan yang melibatkan umur 28 tahun hingga 85 tahun.

“Sejumlah sembilan kes kematian direkodkan di Hospital Sibu, dua di Hospital Miri dan satu kes kematian masing-masing di Limbang dan Kuching.

“Kes kematian yang dilaporkan ini mempunyai pelbagai ko-morbid antaranya penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan kanser,” tambahnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.