Hujan lebat, banjir di Vietnam korbankan tiga nyawa

Hujan lebat, banjir di Vietnam korbankan tiga nyawa

By Bernama
Spread the love

HANOI, 18 Okt: Tiga terbunuh, empat cedera dan seorang hilang dalam kejadian hujan lebat di wilayah utara dan tengah Vietnam pada Ahad, menurut pejabat Jawatankuasa Pemandu untuk Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam. 

Tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat itu menyebabkan beberapa batang jalan raya dan jambatan rosak, gangguan lalu lintas dan sebahagian penduduk terputus hubungan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tujuh bandar dan daerah di Quang Binh menghadapi risiko tanah runtuh dan 1,903 penduduk tempatan perlu dipindahkan.

Hujan lebat itu juga menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan banjir di wilayah Thua Thien-Hue.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.