Bekas guru tadika didakwa cedera kanak-kanak lelaki hingga lebam

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Seorang bekas guru tadika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki, sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua bahu kanak-kanak itu, bulan lepas.

Loh Ke Xuan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berumur enam tahun 11 bulan di sebuah tadika di Jalan Sri Hartamas 2 di sini antara 8 pagi hingga 5.30 petang, 2 Sept lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai serta menetapkan 24 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub manakala Loh diwakili peguam Sarah Wong.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.