Anggota polis didakwa tipu jual ‘Sunroof’ kereta

By Bernama
Spread the love

BUKIT MERTAJAM, 18 Okt: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung urusan jual beli bumbung suria (sun roof) dua kereta pada Februari dan Mac lepas.

Mohamad Saddam Ahmad Zaidun, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohamad Saddam didakwa memperdaya dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 21 tahun dalam urusan jual beli bumbung suria kereta jenis Proton Inspira dan Toyota Camry dengan mendorong kedua-dua lelaki itu membayar wang pendahuluan RM500 setiap seorang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 480, Tingkat Perusahaan 4B, Kawasan Perusahaan Perai di sini, pada 11.12 pagi, 1 Feb lepas dan di sebuah unit, Tingkat 1, Flat D2, Jalan Perai Jaya 3, Bandar Perai Jaya 3, Perai pada 8.12 malam, 8 Mac lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Lushani dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.