Kamek teruja pegang watak Puteri Santubong, belajar dialek Bahasa Melayu Sarawak – Maya Karin

By Lorenzo Isaac Ak Anthony
Spread the love

KUCHING, 17 Okt : Demi menghidupkan watak utama yang dipegang dalam pementasan teater Puteri Santubong: The Warrior Princess’, aktres popular, Maya Karin mengambil inisiatif untuk mempelajari dialek bahasa Melayu Sarawak.

Tidak terhenti di situ, Maya yang pernah menjulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik turut mendalami tarian tradisional Melayu Sarawak.

Sumber: FB Hamni Juni. Jelas terpancar wajah pelakon Maya Karin.

Mendedahkan secara esklusif kepada TVS dalam pertemuan di Kampung Budaya Sarawak baru – baru ini selepas menjalani penggambaran treler bagi teater muzikal berkenaan, Maya berkata, dia sebenarnya mempunyai waktu yang sangat terhad untuk mengingati setiap gerakan tarian berkenaan.


“Saya hanya ada masa selama 15 minit sahaja namun berkat tunjuk ajar jurulatih, barisan krew dan produksi, saya berjaya mempelajari tarian berkenaan,” kata pelakon filem Cun itu.

Sambil menguntum senyuman, wanita kelahiran Jerman itu tidak putus mengucapkan terima kasih kepada krew-krew yang disifatnya sebagai sporting dan tidak jemu membetulkan sebutannya.


“Bagi memastikan dialek bahasa Melayu Sarawak yang dilontarkan kelak kedengaran asli, saya bertutur dalam dialek berkenaan dengan krew ketika sesi latihan dan bacaan skrip teater muzikal berkenaan,” katanya.

Pelakon yang membina nama menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berkata, dia ‘ tidak sabar’ untuk melakonkan watak yang selama ini menjadi idamannya menerusi teater muzikal berkenaan.

“Saya juga berasa bersyukur kerana terlibat secara langsung dalam memperjuangkan cerita-cerita Sarawak dan budayanya.

“Sebagai seorang anak seni, ini dapat memperluaskan serta memberi dimensi baharu dalam kerjaya seni saya” ujarnya.

Sumber: FB Leolady Bie. Puteri Santubong diapit Puteri Puteri lain

Akui Maya, tugas memegang watak Puteri Santubong bukanlah satu perkara yang mudah.

“Saya sentiasa mendengar mengenai nama Puteri Santubong, namun saya tidak pernah mendalami secara mendalam mengenai kisahnya.


“Oleh itu, inilah peluang terbaik saya untuk mendalami kisah legenda Sarawak,” kata Maya.

Maya yang tiba di Kuching pada Rabu menghabiskan masa tiga hari di sini untuk mendalami bahasa Sarawak sambil menikmati makanan tradisi Sarawak seperti Daun Ubi Tutuk, Ikan Masak Asam Pedas, Manok Pansoh, Midin Masak Belacan, Sayur Paku Pakis Masak Belacan, Daging Salai Masak Tepus dan Sayur Midin Pucuk Paku Buah Entekai.

Antara makanan yang dinikmati oleh pelakon jelita, Maya Karin.

“Memang saya tak sabar untuk kembali ke Kuching dan saya anggap Teater Puteri Santubong ini sebagai satu peluang untuk saya mengenali lebih dekat budaya dan bahasa Sarawak selain makanan tradisi Sarawak yang memang lazat-lazat.

“Contohnya kali ini saya pertama kali mencuba buah kristal yang memang sangat sedap dan unik. Saya ingat saya dah cuba semua jenis buah yang ada di Malaysia rupanya ada lagi yang belum pernah saya makan yang hanya terdapat di Sarawak,” katanya sambil menunjukkan cara mengupas buah tersebut.

Pelakon Maya Karin yang berada di Kuching sempat merasa buah kristal yang belum pernah dimakannya sebelum ini

Beliau turut yakin platform seni dan teater dapat mewujudkan kesedaran mengenai kisah Puteri Santubong kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhan, lebih-lebih kepada generasi muda.

Bercerita tentang masa hadapan dalam karier lakonan Maya, pelakon tersebut berharap penglibatannya akan dapat membantu mengangkat jenama Puteri Santubong ke seluruh pelusuk Nusantara dan antarabangsa.

Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang menceritakan perihal dua puteri cantik yang pada asalnya berkawan baik namun akhirnya menjadi musuh kerana bersaing untuk menjadi puteri yang paling cantik seperti cerita lagenda yang disampaikan secara turun temurun.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Zaini Zainuddin, pementasan ini mengupas nilai peradaban manusia menerusi watak Puteri Santubong.

“ Puteri Santubong digambarkan memiliki kehebatan apabila kerajaan yang diterajuinya sangat gemilang di Nusantara yang seterusnya membentuk kehidupan baharu dalam dunia kesenian muzik, tarian, kraftangan, sulaman serta sosial ekonomi dalam perikanan dan penanaman,” katanya.

Selain Maya, pementasan ini juga menampilkan pelakon-pelakon tempatan seperti Miss Malaysia World 2014 , Dewi Liana Seriestha yang akan membawa watak Puteri Sejinjang, Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) serta Sofi Jikan sebagai Dewa Kejora dan Azrel Ismail sebagai Raja Kayangan.

Puteri Santubong The Warrior Princess akan dipentaskan pada 11 dan 12 Disember ini di Kuching dan ditayangkan secara langsung menerusi www.putrisantubong.com.my.

Saksikan juga kemunculan Maya Karin dalam program Karpet Merah, Selasa 19 Oktober jam 8. 35 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV!

Miss Malaysia World 2014 , Dewi Liana Seriestha yang bakal membawa watak Puteri Sejinjang

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.