Laluan Jalan Lapangan Terbang ke Kuching ditutup sementara

Spread the love

KUCHING, 17 Okt : Persimpangan lampu isyarat Kuching Sentral di Batu 6 akan ditutup buat sementara waktu.

Antara laluan yang ditutup termasuklah dari Jalan Lapangan Terbang ke Kuching dan laluan dari Serian menghala ke Jalan Lapangan Terbang.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, laluan ini akan ditutup mulai 20 Oktober hingga 21 November 2021 untuk kerja-kerja pembinaan dan penurapan.

“Ini bagi membina semula turapan untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo, dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang disediakan mengikut tanda arah yang dipasang.

“Pusingan-U akan disediakan bagi yang datang dari arah Jalan Lapangan Terbang,” JKR Sarawak menyebut dalam kenyataannya.

Bagaimanapun kenyataan itu menambah, masa pembinaan bergantung kepada keadaan cuaca dan tapak pembinaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.