KDN akan bincang isu gaji polis – Perdana Menteri

By Bernama
Spread the love

BERA, 17 Okt : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementerian dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perbincangan itu antara lain melibatkan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam, dan yakin perbincangan awal berkaitan isu itu sudah berlangsung.

“Ini memerlukan perbincangan mendalam kerana melibatkan kewangan,” katanya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Mansor Samsudin, yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini pada hari ini.

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Turut dinaikkan pangkat adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, DSP N. Kumaran, yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Ismail Sabri berkata demikian setelah diminta mengulas laporan media baru-baru ini bahawa kadar gaji dan elaun polis, terutamanya yang berpangkat rendah, menjadi punca polis berhadapan dengan masalah, termasuk hutang, dan difahamkan semakan terakhir gaji polis dibuat pada tahun 2010.

Sementara itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada polis yang cemerlang melaksanakan tugas sebagai pasukan barisan hadapan pandemik COVID-19 tanpa mengira waktu, meskipun sibuk melaksanakan tugas hakiki menjaga keselamatan negara. – Bernama

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.