Nanta seru orang Sarawak sertai perniagaan francais, ketengah produk asli negeri

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 16 Okt : Lebih ramai rakyat Sarawak digalakkan menyertai perniagaan francais terutamanya golongan B40 dan M40 dalam mengetengahkan produk-produk Sarawak seperti kek lapis Sarawak dan mee kolok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau menyedari kurangnya penglibatan usahawan dan bakal usahawan anak Sarawak dalam bidang perniagaan francais terutamanya yang membawa imej produk Sarawak dalam industri berkenaan.

“Melalui penyertaan dalam perniagaan francais yang tersusun dan bersistem, kerajaan yakin penyertaan rakyat dalam bidang perniagaan akan lebih mudah.

“Oleh itu dalam usaha merealisasikan matlamat ini, aspek latihan dan pembangunan usahawan merupakan satu elemen yang sangat penting agar rakyat faham dan tahu mengenai perkara-perkara penting mengenai industri ini,” ujarnya.

Susulan itu katanya, KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) akan melaksanakan program latihan francais mikro dan mampu milik agar lebih ramai memahami selok belok bidang perniagaan francais dalam melahirkan lebih ramai franchisor Sarawak.

Beliau berkata demikian sempena Program Francais Mikro dan Mampu Milik Negeri Sarawak secara maya menggunakan aplikasi Zoom, pada Sabtu. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.