Kanak-kanak tiga tahun lemas terjatuh dari rumah bot

By Bernama
Spread the love

KUALA BERANG, 16 Okt: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh dari rumah bot dekat Air Terjun Lasir, di Tasik Kenyir, kira-kira 8.20 malam tadi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata Muhammad Al Fateh Muhammad Khairul Aiman dari Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dikatakan datang bercuti bersama keluarga dan tiba di rumah bot tersebut pada 3 petang semalam.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Muhammad Khairul Aiman Mohd Ariffin, 30, sedang mengambil wuduk untuk solat Isyak dan hanya menyedari insiden itu selepas dimaklumkan oleh rakannya yang datang bercuti bersama.

“Mangsa yang terjatuh tenggelam kira-kira 10 minit sebelum berjaya dibawa naik oleh seorang petugas rumah bot dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Beliau (petugas bot) berusaha menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan tetapi tiada tindak balas,” katanya dalam sidang media selepas menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pelancongan di Tasik Kenyir hari ini.

Selepas usaha tersebut gagal, bapa mangsa dan petugas bot bergegas membawa mangsa keluar ke Jeti Pengkalan Gawi dengan menaiki bot laju kira-kira 9 malam bagi mendapatkan bantuan daripada anggota keselamatan.

Bagaimanapun, usaha Anggota Pertahanan Awam (APM) memberikan pertolongan cemas juga tidak berhasil.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas pada 10.48 malam oleh pegawai perubatan yang tiba di Pengkalan Gawi selepas menerima panggilan kecemasan. Tiada bedah siasat dijalankan ke atas mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Rohaimi turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan mengawasi anak-anak dengan lebih ketat ketika berada di kawasan berisiko bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

-BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.