Rakyat Sarawak dibenarkan memasuki Sarawak tanpa syarat khusus dalam masa terdekat

By Noorliana Idayu Binti Adruce
Spread the love

KUCHING, 15 Okt : Rakyat Sarawak yang ingin kembali ke negeri ini dijangka akan dapat berbuat demikian dalam masa terdekat tanpa terikat dengan polisi ‘EnterSarawak’ dan menjalani ujian calitan COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan , Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan itu menyusul selepas pihaknya mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memudahkan rakyat Sarawak untuk pulang.

Bagaimanapun ujarnya, ‘keistimewaan’ berkenaan hanya akan dinikmati rakyat Sarawak terlebih dahulu.

“Bagi rakyat negeri lain, kita (kerajaan negeri) mungkin akan melaksanakan kebenaran masuk Sarawak tanpa syarat secara berperingkat dan bergantung kepada keadaan terkini pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Jom Ke Sarawak di sini hari ini.

Sebelum ini, Abdul Karim memohon supaya JBPN meneliti semula syarat terkini yang dikenakan terhadap individu yang ingin memasuki Sarawak susulan kebenaran rentas negeri tanpa memerlukan permit polis.

Ujarnya, syarat-syarat lain yang dikenakan dibimbangi akan memberi kesan terhadap pengembangan aktiviti pelancongan serta mempengaruhi pengunjung untuk memasuki Sarawak.

Sementara itu, beliau memberitahu, kemasukan rakyat Malaysia ke Sarawak tanpa syarat khusus akan dibenarkan sepenuhnya pada awal tahun 2022. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.