PGA7 rampas seluar sukan berjenama tiruan bernilai RM80,000

By Bernama
Spread the love

RANTAU PANJANG, 15 Okt — Sebanyak 1,149 helai seluar sukan berjenama tiruan bernilai RM80,430 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA), susulan penahanan seorang lelaki tempatan di tepi Lebuhraya Rantau Panjang-Pasir Mas, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 PGA Supt Azhari Nusi berkata dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, anggotanya yang sedang melakukan rondaan telah menahan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu suspek berusia 31 tahun itu.

“Pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu telah menjumpai enam guni berwarna kuning yang berisi seluar sukan atau track suit berjenama yang disyaki tiruan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Pengkalan Chepa itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkenaan muatan tersebut dan beliau disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Rantau Panjang berkaitan kejadian itu, manakala kesemua barangan rampasan dan kenderaan bernilai RM200,430, diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk siasatan seterusnya,” katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.