Penganggur disyaki edar dadah ditahan

By Bernama
Spread the love

SIBU, 15 Okt — Seorang penganggur berusia 39 tahun ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Medang di sini pada 10.30 pagi semalam kerana disyaki mengedar dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Sibu menemui satu plastik hitam mengandungi paket-paket plastik berisi dadah dipercayai ecstasy keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6,650.

“Anggota BSJN IPD Sibu yang dipandu arah oleh suspek lelaki itu telah menemui dadah-dadah berkenaan di tempat letak kereta rumah tersebut,” katanya.

Dadah yang ditemui itu merangkumi tujuh paket berwarna unggu mengandungi serbuk dipercayai ecstasy masing-masing dengan berat kasar 125 gram (g) keseluruhannya bernilai RM1,050 dan tujuh paket plastik lutsinar pelbagai saiz yang mengandungi 96 biji pil disyaki dadah jenis ecstasy berwarna merah jambu dengan berat kasar keseluruhan 31.46g bernilai RM4,800.

Turut ditemui ialah tiga paket plastik lutsinar mengandungi 16 biji pil berwarna hijau disyaki ecstasy dengan berat kasar 36.63g keseluruhannya bernilai RM800.

Polis turut menyita sebuah kereta Proton Satria Gti yang dianggarkan bernilai RM15,000.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.