Kempen “Jom ke Sarawak” dijangka bantu baikpulih industri pelancongan Sarawak

By Noorliana Idayu Binti Adruce
Spread the love

KUCHING, 15 Oktober: Untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta memulihkan kembali sektor pelancongan Negeri Sarawak, kempen ‘”Jom ke Sarawak” yang menawarkan pakej istimewa kepada semua pelancong ke Sarawak telah dilancarkan hari ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan , Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang melancarkan kempen tersebut berkata, program “Jom ke Sarawak” ini akan memberi peluang kepada pengunjung dari seluruh Malaysia melancong ke Sarawak dengan harga yang amat berpatutan.

“Sebanyak 16 pakej pelancongan menarik ditawarkan menerusi kempen ‘Jom ke Sarawak’ di mana penginapan tiga hari dua malam ditawarkan dengan harga bermula serendah rm176. Ini sememangnya sangat berpatutan untuk mereka yang mahu berjalan-jalan ke Sarawak,” ujarnya ketika melancarkan kempen tersebut.

Kempen ini adalah kerjasama bersama antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF), Agensi Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri Sarawak (ASIA) dan Shopee Malaysia.

Berkonsepkan “Buy Now, Travel Later” atau beli dahulu dan guna kemudian, pakej ini dapat memudahkan lagi pengunjung untuk merancang percutian di sarawak.

Pengunjung boleh menempah pelbagai pakej pelancongan Jom ke Sarawak dengan mudah hanya melalui aplikasi Shopee Malaysia.

Bagi menjaga keselamatan penduduk tempatan dan pelancong ke Sarawak, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti penjarakan sosial akan tetap dikuatkuasakan dan harus dipatuhi. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.