Universiti Malaya juara debat Asia 2021

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Okt : Pasukan debat Malaya 1 dari Universiti Malaya (UM) mengharumkan nama negara apabila menjuarai Pertandingan Debat Asia Bersatu (UADC) 2021 baru – baru ini.

Trio Malaya 1 yang dianggotai oleh Patrick Cheang, Luc Choong dan Vinodhan Kuppusamy berjaya menewaskan pasukan Tokyo 1 , dari University of Tokyo pada pentas final.

Vinodhan, pelajar tahun pertama Sarjana Undang – undang berkata, pasukannya bertindak sebagai pembangkang untuk membahaskan usul bertajuk “Dewan yang mulia ini percaya umat Islam yang mengamalkan konsep kesederhanaan harus bersabar dan tidak berusaha untuk menegakkan konsep jihad selepas serangan pengganas”.

” Bagi menghadapai UADC, kami membuat persiapan rapi dengan mengadakan latihan dan perbincangan sebanyak dua kali seminggu. Ketika pertandingan semakin hampir, latihan ditingkatkan termasuklah pada hujung minggu,” katanya ketika dihubungi TVS.

Dalam laluan untuk bergelar juara, mereka mengharungi lapan pusingan dengan cemerlang apabila mencatatkan tujuh kemenangan termasuk menewaskan National University of Singapore, University of The Philipines, Lahore University of Management Sciences (LUMC) dan hanya tewas kepada University of Tokyo pada pusingan ketujuh.

Mereka kemudian menewaskan De La Salle University dari Filipina sebelum menumpaskan Malaya 2, juga dari UM pada peringkat suku akhir.

Ketika saingan separuh akhir, wakil negara itu sekali lagi menewaskan LUMC menerusi catatan mata 278 berbanding 276 oleh lawan mereka.

Memasuki peringkat akhir, trio Malaysia berjaya ‘membalas’ kekalahan pusingan ketujuh kepada lawan dari universiti yang menduduki ranking ke-23 terbaik dunia dengan menyampai hujah lebih meyakinkan selaku pembangkang menerusi catatan 286 berbanding 281.5 oleh wakil Jepun itu.

Sebanyak 102 pasukan membabitkan 55 universiti dari 14 negara menyertai pertandingan berkenaan.

Sebelum ini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pernah muncul juara pertandingan sama pada 2015 dan 2016. -TVS





Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.