Sektor awam Sarawak perlu rendah diri, dengar pandangan rakyat – Abang Johari

By Bernama
Spread the love

KUCHING: Ketua menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahukan supaya sektor awam negeri sentiasa mengambil sikap rendah diri dan mendengar pandangan rakyat untuk menambah baik perkhidmatan mereka.

Beliau berkata bagi membolehkan kerajaan memahami bentuk penambahbaikan dan inovasi baharu yang yang diperlukan dalam melaksanakan tugas, mereka perlu terlebih dahulu mencapai persefahaman dengan kelompok yang terlibat secara terus dengan bidang tugas mereka, yakni rakyat dan perniagaan.

“Usaha berterusan ke arah pentadbiran kerajaan yang lancar dan proaktif ini menuntut sikap rendah diri di pihak sektor awam – untuk mendengar rakyat (dari akar umbi) dan membangun wawasan mereka.

“Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat mencapai hasrat untuk memacu Sarawak kearah negeri maju pada tahun 2030,” katanya semasa berucap di Majlis Penganugerahan Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata petugas perkhidmatan awam adalah jentera penting dalam mencapai setiap aspirasi kerajaan.

“Oleh itu adalah menjadi keutamaan bagi kita untuk terus melipatgandakan usaha kearah meningkatkan budaya inovasi, di samping memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pantas, cekap dan berkesan.

“Usaha sedemikian perlu disokong di setiap peringkat, terutama di tahap pengurusan tertinggi bagi memastikan bahawa nilai kreativiti dan inovasi menjadi satu budaya kerja, dan bukannya hanya mengikut ‘musim’ atau bersifat untuk menang pertandingan semata-mata.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.