Sarawak rekod 1,060 kes baharu, 23 kematian

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 14 Okt: Terdapat 20 atau 1.89 peratus daripada 1,061 kes positif COVID-19 di Sarawak pada Jumaat yang melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu 721 kes adalah kategori dua, manakala enam kes (0.57 peratus) , kategori tiga (jangkitan paru-paru), enam kes (0.57 peratus) adalah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan lapan kes (0.75 peratus) adalah kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 278 kes diikuti Miri (235) dan Sibu (155).

“Daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali empat daerah iaitu Daro, Dalat, Telang Usan dan Tanjung Manis tiada merekodkan kes baharu,” kata JPBNS.

Sementara itu, Sarawak turut merekodkan 23 kematian dari 1 Oktober hingga 13 Oktober 2021.

“Kematian yang direkodkan adalah di Hospital Sibu, Hospital Bintulu, Hospital Lawas, Hospital Sri Aman, dan Hospital Lundu.” katanya lagi.

Wlaubagaiamanapun, tiada kluster baharu diisytiharkan manakala tiga kluster telah taman iaitu Kluster Sega, Bau, Kluster Andi Liam, Beluru dan Kluster Sebobok, Bau selepas tiada kes dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.