Pesakit buah pinggang di Sarawak makin meningkat, wujud keperluan tambah mesin hemodialisis

By Salasiah Safian
Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 14 Okt: Jumlah pesakit buah pinggang yang semakin meningkat di Sarawak mewujudkan keperluan untuk menambah mesin hemodialisis di Pusat Jantung Sarawak.

Pusat tersebut telah menerima dua buah mesin baharu menerusi nisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BPBP).

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, jumlah keseluruhan bagi dua buah mesin tersebut ialah RM83,000.

Jelas beliau, mesin tersebut ditambah bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat untuk mendapatkan rawatan di Pusat Jantung Sarawak.

“Pada tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah membeli sebanyak enam buah mesin hemodialisis secara tender,” jelas Fatimah.

Tambah beliau, enam buah mesin tersebut ditempatkan di dua di Pusat Jantung Sarawak, dan masing-masing satu di Hospital Dalat, Mukah, Hospital Saratok, Betong, Hospital Sarikei, dan Hospital Marudi, Miri.

Setakat ini, Pusat Jantung Sarawak mempunyai 20 buah mesin, dan dalam masa sehari, ia dapat menampung seramai 45 orang pesakit.

“Tambahan 2 mesin ini akan menampung 12 orang sehari. Penempatan mesin hemodialisis di hospital tersebut adalah mengira keperluan penggunaan mesin disebabkan oleh pertambahan bilangan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan, penggantian mesin hemodialisis yang telah lama dan usang, serta kapasiti penggunaan mesin yang tinggi,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan mesin tersebut di Pusat Jantung Sarawak, pada Rabu.

Tambah beliau, pada tahun 2021 sebanyak 49 kes perlanjutan dan 62 kes baharu.

Sehubungan itu, jumlah peruntukan BPBP di Sarawak mulai tahun 2020 adalah berjumlah RM4,673,917.

Manakala untuk tahun 2021 pula adalah sebanyak RM6,023,917 dan RM3.2 juta untuk tahun 2022,” tambahnya lagi. – TVS”

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.