Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin

By Bernama
Spread the love

SEREMBAN, 14 Okt — Seorang lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian bagi membantu lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu yang berniaga air tebu di depan rumah.

“Anggota bomba mengambil masa kurang daripada lima minit bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata peniaga tersebut dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.