KM umum bantuan RM78.5 juta kepada IKS dan mikro bawah BKSS 7.0 Plus

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 14 Okt: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro di Sarawak terus dibantu oleh kerajaan negeri menerusi Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 7.0 Plus bernilai RM78.5 juta.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata , menerusinya terdapat dua bantuan iaitu yang pertama ialah secara sekali bayar berjumlah RM10,000 kepada 470 yang aktif membabitkan peruntukan sebanyak RM4.7 juta.

Ujar Abang Johari, bantuan kedua melibatkan pembayaran sebanyak RM3,000 kepada mikro yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan berdaftar hingga tarikh 31 Mac 2021.

” Sehubungan itu, kerajaan negeri berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban kewangan kepada komuniti perniagaan di Sarawak dan membolehkan mereka bergerak ke hadapan dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Simbolik BKKS 7.0 di sini hari ini.

Yang turut hadir,Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , Dato Sri Dr Sim Kui Hian; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak , Datuk Naroden Majais.

Tambahnya, Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan iaitu BKSS 1.0 hingga 7.0 dengan 30 program dan inisiatif berjumlah RM5.3 bilion untuk memastikan setiap rakyat negeri ini dilindungi selain menyokong komuniti perniagaan dan menghidupkan kembali ekonomi meskipun berdepan ancaman COVID-19.

Katanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelaksanaan pakej BKSS dan program imunisasi adalah melengkapi antara satu sama lain dalam menangani pandemik ini. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.