KM: Penjawat awam disaran cari kaedah baru tambahbaik mutu perkhidmatan melalui R&D

By Febbright James
Spread the love

KUCHING, 14 Oktober : Penjawat awam disaran terus mencari pendekatan baru dalam menambahbaik mutu perkhidmatan yang berkualiti menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perubahan menerusi inovasi ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kualiti dan producktiviti sektor awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Idea inovasi boleh diterokai menerusi pelbagai sumber berasaskan R&D. Sangat penting untuk sesebuah organisasi menghasilkan produk tersendiri mengikut kesesuaian dan keperluan jabatan masing-masing.

“Dengan memanfaatkan sumber semula jadi Sarawak, inovasi yang dilaksanakan dapat mengembangkan lagi kemampuan R&D Sarawak yang diselaraskan dengan bioteknologi, aplikasi digital dan tenaga boleh diperbaharui.

“Pembangunan ekosistem inovasi seperti Taman perindustrian dan Makmal Digital mampu menarik banyak pihak terutamanya sektor swasta untuk melabur dalam R&D di Sarawak,” katanya ketika berucap sempena Majlis Penyampaian Anugerah Sarawak Civil Service innovation Convention Awards (SCSICA) 2021 hari ini.

Menurutnya, adalah penting untuk Sarawak meningkatkan kapasiti dan kemampuan dalam R&D terutama melalui pelaburan teknologi untuk memacu kualiti proses, produk, perkhidmatan.

Selain mampu memacu pertumbuhan ekonomi, Inovasi dalam pembangunan teknologi baharu juga dapat menyelesaikan pelbagai isu dan masalah dalam masyarakat seperti penyediaan akses bekalan air bersih, membasmi penyakit dan mencegah kadar kemiskinan.

“Dunia kini dipacu oleh teknologi seperti Big Data Analytics, Artificial Intelligence, Blockchain dan 3D Painting. Jadi penting untuk penjawat awam mengambil tahu serta berkebolehan dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang mereka berikan tidak lapuk,” katanya.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh menyediakan pelbagai infrastruktur seperti jaringan komunikasi supaya rakyat di segenap pelusuk dapat menggunakan kemudahan teknologi terkini.

Selain itu, beliau turut menyentuh berkaitan pentingnya Intelectual Property Rights komponen dalam R&D.

“Saya telah memohon supaya kerajaan menghantar peguam yang berminat untuk melanjutkan pelajaran berkaitan undang-undang di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Kerajaan akan membiaya sepenuhnya pengajian mereka yang berminat termasuk penjawat awam,”tambahnya

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap cadangan Setiausaha Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion supaya Sarawak menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengatur dan memacu penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan inovasi produk dan penyelesaian inovatif.

Tambahnya lagi, semua penjawat awam dan jabatan harus bersatu padu supaya memberikan perkhidmatan yang baik untuk kepentingan rakyat.

Sementara itu, beliau telah menyampaikan anugerah kepada tujuh pemenang  Anugerah Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2021 yang telah dianjurkan secara maya bermula 5 hingga 7 Oktober bertemakan Inovasi Merentasi Norma Baru.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.