Lelaki dakwa suara bisikan menyuruhnya samun pasaraya

By Zalinah Noordin
Spread the love

SIBU, 14 OKTOBER: Mendakwa dirinya terdengar bisikan, seorang lelaki bertindak menyamun sebuah kedai pasaraya di Sibujaya dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Dalam kejadian jam 1.15 petang Rabu itu, suspek berusia 37 tahun dikatakan masuk ke kaunter hadapan pintu masuk pasaraya itu dan mula mengamuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, DSP Collin Babat berkata, kejadian itu berlaku ketika pengurus pasaraya berkenaan membuat pemeriksaan barang di premis dan terdengar bunyi kecoh di kaunter hadapan pintu masuk pasaraya tersebut

“Semasa kejadian petang itu, pengurus pasaraya berkenaan mendapati seorang lelaki tidak dikenali telah masuk ke kedai dan mula mengamuk menggunakan sebilah pisau.

“Suspek telah betindak meneyepahkan dan memecahkan barang-barang di dalam kedai seperti air kotak, air arak dan air gas sebelum mengacukan pisau ke arah dua orang juruwang wanita yang berada di kaunter pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takut dicederakan, dua pekerja juruwang tersebut terus melarikan diri menyebabkan suspek bertindak menghempaskan mesin wang ke lantai.

Tambah Collin, tindakan berani orang awam yang berada di tempat  kejadian, akhirnya berjaya membantu menangkap suspek  sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Siasatan pihak polis turut mendapati suspek merupakan memegang kad psikiatri dan tidak mengambil ubat sakit kesihatan mentalnya mengikut jadual preskripsi yang disediakan oleh pihak Hospital Sibu.

”Kejadian tersebut juga telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang terdapat di premis pasaraya tersebut dan pihak kami juga telah mendapatkan rakaman tersebut untuk siasatan lanjut


”Bagaimanapaun insiden tersebut tidak mendatangkan kecederaan dan jumlah kerugian dianggarkan sejumlah rm2,500,” tambah Collin.

Tambahnya, pisau yang digunakan oleh suspek  dalam kejadian tersebut telah dirampas dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan  atas kesalahan cubaan merompak.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.