Sarawak kembali catat tiga kluster baharu dan 13 kematian direkodkan

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 13 Okt: Sarawak merekodkan kes harian jangkitan COVID-19 baharu sebanyak 1, 165 kes pada Rabu yang melibatkan kategori satu dan dua manakala 15 kes melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam laporan hariannya berkata, daripada jumlah kes baharu yang melibatkan 343 atau 29.44 peratus adalah merupakan kategori 1 (tiada gejala) , 807 kes atau 69.27 peratus adalah daripada kategori bergejala ringan.

Manakala bagi kategori tiga (jangkitan paru-paru) mencatatkan dua kes, katgeori empat ( jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) catat sembilan kes dan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) mencatatkan empat kes atau 0.34 peratus.

“Dengan kes baharu ini, jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 227, 675 kes,” lapor kenyataan tersebut.

Selain itu, terdapat tiga kluster yang direkodkan; dua daripadanya adalah kluster komuniti yang melibatkan sebuah tempat tahanan.

Katanya, kluster pertama merupakan Kluster Menuang, Limbang yang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan penduduk dan pengunjung sebuah (1) rumah panjang yang terletak di kawasan Menuang, Limbang.

“83 orang individu disaring dan daripada jumlah itu, 18 orang didapati positif termasuk kes indeks, 65 individu didapati negatif dan satu kes baharu dilaporkan pada hari ini.” tambahnya.

Kluster Ensurai, Limbang pula membabitkan kluster komuniti yang melibatkan penduduk dan pengunjung sebuah rumah panjang yang terletak di kawasan Ensurai, Medamit, Limbang membabitkan 220 orang individu.

“Daripada 220 jumlah yang telah disaring, 19 didapati positif termasuk kes indeks, 201 individu didapati negatif dan dua kes baharu dilaporkan,” tambah JPBNS.

Sementara itu bagi Kluster DTI Bekenu, Subis merupakan kluster depo tahanan yang dikesan di sebuah Depo Tahanan Imigresen di bawah Perintah Kawlaan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Bekenu, Jalan Coastal Bintulu-Miri, Subis.

“Jumlah individu yang telah disaring adalah 48 orang, daripada jumlah itu sebanyak 48 didapati positif termasuk indek manakala 44 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini.” tambahnya.

JPBNS turut memaklumkan Sarawak merekodkan 13 lagi kematian baharu yang dicatatkan dari tarikh 4 Oktober hingga 12 Oktober 2021.

Jelasnya, kes kematian ini melibatkan mereka berusia antara 42 tahun hingga 78 tahun dan kesemuanya mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

“Kematian berkenaan direkodkan di Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Sarikei, Sibu dan Sri Aman,” kata JPBNS.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.