Penyelia asrama sekolah mengaku salah terima rasuah dipenjara sehari, didenda RM8,000

By Bernama
Spread the love

IPOH, 13 Okt — Seorang penyelia asrama sekolah dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM5,800 berhubung tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan empat tahun lepas.

Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Muhamad Rozi didakwa sebagai sebagai seorang penjawat awam iaitu penyelia asrama yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum al-Syar’iyyah di Bagan Datuk telah secara rasuah menerima RM5,800 daripada seorang lelaki yang dimasukkan ke akaun Maybank miliknya.

Wang berkenaan sebagai upah untuk Muhamad Rozi tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan di sekolah berkenaan. Dia dituduh melakukan perbuatan di sekolah itu pada 31 Julai 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala Muhamad Rozi tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.