Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP – Radzi

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook rasmi beliau hari ini berkata secara keseluruhan, hampir 300,000 murid telah hadir bagi PdP bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Okt lepas.

Bagaimanapun, katanya bagi negeri Johor dan Kedah, sesi persekolahan secara bersemuka hanya bermula pada 10 Okt, mengikut ketetapan bagi negeri yang terlibat dengan peralihan fasa PPN.

“Terima kasih kepada semua pihak, khususnya ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama, serta guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan.

“Semoga usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini dipermudah dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Radzi menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memaklumkan status pembukaan sekolah secara bersemuka mulai 3 Okt.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design