bapa kudung dipenjara

Lelaki kuarantin pukul isteri kerana tidak dapat jumpa anak

By Firdaus Ismail
Spread the love

AMPANG, 13 Okt : Akibat berang kerana tidak dapat berjumpa anaknya -anaknya, seorang lelaki yang sedang menjalani kuarantin melepaskan geram dengan memukul isterinya sehingga cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pada pukul 4 petang di Taman Kosas Jumaat lepas, suspek marah apabila isterinya menghantar empat anak mereka yang berusia lapan bulan hingga tujuh tahun ke rumah keluarga di Cheras.

Mohamad Farouk berkata, tindakan berkenaan diambil kerana isterinya bimbang anak -anak mereka akan dijangkiti COVID-19.

“Pada mulanya suspek yang tidak bekerja itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya sebelum memukul mangsa dengan tangan, kayu dan mengacu garfu,” katanya menerusi kenyataan media.

Ujarnya, perbuatan lelaki itu menyebabkan isterinya yang berusia 31 tahun luka pada lengan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

” Polis telah menahan suspek di tempat kejadian dan ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Beliau memberitahu suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.