KEMAS komited lahirkan modal insan berpengetahuan, berinovatif

By Akma Salleh
Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) komited dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berinovatif.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, kejayaan modal insan ini tidak hanya dipengaruhi oleh aspek luaran, namun kejayaan ini memerlukan semua pihak untuk berganding bahu untuk menghasilkan generasi berkualiti untuk masa depan negara.

Bagi tujuan itu tambahnya, KEMAS kini berusaha mempertingkatkan pendidikan menerusi ‘Modul Stream’ yang merangkumi pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, seni, matematik, dan agama khususnya dalam meperkasakan lagi pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

“Kejayaan modal insan dipengaruhi oleh aspek luaran iaitu persekitaran dan ikatan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh seseorang individu dan keluarga.

“Kejayaan kanak-kanak tidak hanya bertumpu di dalam program pembelajaran semata-mata tetapi turut meliputi aspek pendidikan di rumah atau pendidikan secara tidak formal,” katanya dalam satu kenyataan sempena Program Hari Potensi KEMAS Peringkat Kebangsaan Kali-16.

Sementara itu, berhubung Program Hari Potensi KEMAS, Abdul Rahman berkata untuk tahun ini KEMAS menyasarkan 50,000 orang penonton yang akan akan mengikuti program lima hari bermula 11 Oktober sehingga 15 Oktober ini secara maya.

Antara acara yang dipilih untuk dijadikan sebagai kandungan program tersebut termasuklah Bercerita Sirah Rasul, KEMAS Kids Top Host, Rekacipta 2.0 Berpasangan bersama Ibubapa dan banyak lagi.

Untuk rekod, program hari potensi KEMAS dilaksanakan setiap tahun bagi mencungkil bakat kanak-kanak untuk membangunkan potensi individu secara holistik serta menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ia juga secara tidak langsung memperlihatkan usaha KEMAS melahirkan kanak-kanak yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.