Industri buluh dipertingkatkan di Sarawak

By Khairil Zharif Affindie
Spread the love

KUCHING, 13 OKTOBER : Industri perkayuan berasaskan buluh meningkatkan ekonomi tempatan dan harus diperkembanhgkan, kata Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Datu Haji Len Talif Salleh.

Len Salleh turut melahirkan keyakinannya terhadap industri tersebut yang baginya pasti memberi pulangan ekonomi di samping dapat memelihara kelesterian alam sekitar.

“Jadi kami ingin mengembangkan industri buluh ini sebagai sebuah industri yang lestari untuk meningkatkan ekonomi tempatan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama TVS .

Katanya, Projek kerjasama antara kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) akan membangunkan industri buluh dengan penanaman benih di atas tanah seluas 10,000 hektar di seluruh daerah di Sarawak.

Pihak Sarawak Bamboo Industry Development Steering Committee (SaBID) juga mengambil contoh pendekatan daripada negara China dan negara-negara yang pesat membangun dalam industri buluh ini.

Pihaknya juga berharap penglibatan dari semua pihak termasuk penglibatan komuniti tempatan bagi merancakkan lagi perkembangan industri buluh di negeri Sarawak.

“Potensi buluh di Sarawak akan diperbaiki dari produk asas seperti kejuruteraan buluh, arang buluh, kosmetik, farmasi, kertas dan tekstil.

“Kita ada 70 jenis buluh di Malaysia iaitu 50 jenis di Semenanjung dan 20 jenis di Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Bagi benih buluh pula, pihaknya akan membuat penyelidikan dari segi kualiti sekiranya perlu untuk mengambil benih yang diimport.

“Kalau dari segi jenis yang terdapat disini kita akan buat penyelidikan persekitaran untuk penambahbaikan dari segi kualiti dan sebagainya.

“Ia berupa semikultur, ada juga buluh yang mempunyai kualiti yang begitu baik dari segi saiz dan tebal, jadi kita akan import,” katanya lagi

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.