Cubaan PATI masuk ke Sarawak guna jalan tikus gagal

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 13 Okt: Cubaan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyelinap masuk ke Sarawak menggunakan jalan tikus gagal setelah diusir tempoh dua hari di kawasan Tebedu dan Biawak, Lundu.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div ) dalam satu kenyataan berkata, pengusiran pertama pada 12 Oktober 2021 (Selasa) jam 10.05 pagi melibatkan dua individu lelaki berumur 39 dan 42 tahun yang cuba memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia di Sektor Tebedu.

“Kejadian kedua pula berlaku pada hari yang sama pada jam 5.00 petang di lorong tikus sekitar Biawak, Lundu melibatkan 7 individu lelaki dalam lingkungan usia 19 hingga 52 tahun.

“Manakala satu lagi kejadian penahanan pada 13 Oktober 2021 pada jam 11.00 pagi penahanan 5 individu berusia 24 hingga 47 tahun termasuk seorang wanita di sekitar kawasan Biawak, Lundu,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil siasatan mendapati kesemua PATI itu mencari pekerjaan di pelbagai sektor di Sarawak serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Melihat kepada situasi semasa yang sedang memasuki Fasa endemik wabak Covid-19, kes-kes melibatkan PATI cuba masuk untuk mencari pekerjaan di Sarawak dilihat semakin meningkat.”katanya.

Tentera Darat khususnya anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat senantiasa berwaspada dan beriltizam mengawal keselamatan sekali gus memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.