Belanjawan Sarawak 2022 hadiah istimewa buat rakyat Sarawak

By Salasiah Safian
Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 13 Okt: Belanjawan Sarawak 2022 yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam disifatkan sebagai hadiah istimewa kepada rakyat Sarawak khususnya penduduk di kawasan luar bandar.

Menurut Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Naroden Majais, belanjawan tersebut memberi fokus kepada agenda pembangunan yang secara keseluruhannya tertumpu kepada pembangunan di kawasan luar bandar.

Peruntukan tersebut akan digunakan untuk memperhebatkan lagi pembangunan prasarana, air, komunikasi dan sebagainya.

“Hal ini akan menjadikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan. Jadi pembangunan luar bandar dan bandar akan diperhebatkan melalui bajet yang dibentangkan oleh Ketua Menteri kita. Ini satu hadiah yang besar kepada rakyat Sarawak,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Tapak Projek Masjid Al-Muttaqin Bahagian Samarahan.

Senada dengan Naroden, Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi yang berkata secara keseluruhan belanjawan tersebut berpaksikan kepada keperluan rakyat.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak yang diterajui oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai wawasan yang lebih jauh.

“Kerana peruntukan itu adalah untuk kita mengurus agenda jaringan luar bandar sama ada perhubungan jalan raya, pembinaan jambatan di kawasan persisir atau di kawasan pedalaman. Maknanya perhatian masih diberikan kepada rakyat di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, belanjawan tersebut juga tidak menyisihkan golongan petani, nelayan serta para usahawan yakni pelbagai bantuan akan terus diberikan melalui belanjawan 2022. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.