Bekas Jurugambar hilang di laut ditemukan selamat

By Bernama
Spread the love

BALIK PULAU, 13 Okt — Seorang nelayan yang juga bekas jurugambar sebuah akhbar bahasa Inggeris yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan semalam, ditemukan selamat di Pulau Kendi dekat sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa Wan Mohizan Wan Hussein, 55, pada 8.18 malam tadi.

“Sebaik menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa, pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang dengan bantuan polis.

“Berdasarkan maklumat awal daripada nelayan, tiada petunjuk mengenai kedudukan mangsa atau bot di lokasi dan pihak kami menjalankan operasi di kawasan dipercayai mangsa selalu menangkap ikan, operasi ditangguhkan pada 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihak bomba menerima maklumat daripada polis mengenai penemuan mangsa pada 6.30 pagi tadi dan difahamkan Wan Mohizan yang memakai jaket keselamatan berenang ke Pulau Kendi, sebaik bot yang dinaikinya terbalik.

Beliau berkata nelayan itu keluar ke laut pada 3 petang semalam sebelum botnya terbalik dipercayai akibat dipukul ombak dan mangsa berenang ke Pulau Kendi serta diselamatkan oleh nelayan dan dibawa ke Jeti Pantai Malindo, Jalan Kuala Sungai Burung, di sini.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.