Lelaki warga Pakistan didakwa bunuh kenalan wanita Indonesia

By Bernama
Spread the love

BANGI, 11 Oktober — Seorang lelaki warganegara Pakistan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan membunuh kenalan wanita warga Indonesia, yang mayatnya ditemukan di sebuah kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini bulan lepas.

Hashmat Khan, 23, didakwa dengan sengaja membunuh Juli, 41, pekerja kedai makan di sebuah premis di Jalan 1/1A, Bandar Rinching, Semenyih, antara 25 Sept hingga 7.33 pagi pada 28 Sept.

Tertuduh, yang bekerja sebagai pemotong rumput, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hashmat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Nov depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan berkaitan kes tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dengan diselimuti kain di dalam kedai tersebut selepas orang awam menghubungi polis mengenai bau busuk dari dalam premis tersebut.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.