Kanak-kanak enam tahun lemas ketika berkelah di Pantai Seaview, Tanjung Gemok

By Bernama
Spread the love

PORT DICKSON, 6 Oktober — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata keadaan angin dan ombak yang kuat menyebabkan Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam gagal diselamatkan sebelum mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada 6.30 petang oleh anggota penyelamat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati keluarga mangsa dari Sendayan datang ke Port Dickson untuk bercuti rehat dan berkelah di pantai.

“Pada 4.15 petang, semasa ayah mangsa sedang duduk di bawah pokok, beliau ternampak dua anaknya berumur 10 dan 8 tahun yang sedang bermain di tepi pantai telah ditarik ombak.

“Kemudian ayah mangsa terus bergegas ke pantai untuk menyelamatkan dua anaknya tanpa menyedari mangsa yang berumur 6 tahun telah mengekorinya dari belakang turut ditarik ombak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata kanak-kanak itu kemudian diberikan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 7.30 petang.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.