1,980 ayam hidup seludup dirampas

By Bernama
Spread the love

TUMPAT, 6 Oktober — Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor menahan seorang lelaki bersama 1,980 ekor ayam hidup bernilai RM60,192 yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran, di Jalan Kampung Jubakar di sini, tengah malam tadi.

Timbalan Komander PPM Wilayah 3 Supt Mohd Razlin Abdul Manaf berkata tangkapan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan selepas sepasukan anggota PPM yang membuat risikan telah mendapat maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan ayam dari negara jiran yang dibawa masuk ke negara ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan operasi telah menjalankan pemantauan di satu pangkalan haram di tebing Sungai Golok dan melihat sebuah lori berada di lokasi tersebut.

“Selepas diekori, lori itu kemudian ditahan di jalan Kampung Jubakar bersama pemandunya seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati muatan yang dibawa adalah sejumlah ayam hidup di dalam bakul plastik disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan di sini ekoran harga yang tinggi di negara ini,” katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Mohd Razlin berkata kesemua ayam tersebut telah dirampas untuk siasatan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Nilai keseluruhan berkaitan rampasan ini termasuk sebuah lori adalah sebanyak RM160,192,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Razlin berkata rampasan ayam hidup tersebut merupakan kes kedua dalam tempoh minggu pertama bulan ini. 

“Untuk rekod pada 1 Oktober lepas, PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor turut merampas sebanyak 3,480 ayam hidup bersama dua buah lori dengan nilai keseluruhan RM293,960 dalam dua serbuan.

“Serbuan pertama dilakukan di pangkalan haram Pok Leh dekat Tualang dengan rampasan sebanyak sebuah lori bersama 1,980 ekor ayam hidup manakala serbuan kedua di Jalan Simpangan, pihaknya merampas sebuah lori dengan 1,500 ekor ayam hidup,” katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.