Permit polis masih diperlukan untuk tujuan rentas negeri

Spread the love

KUCHING, 5 Okt : Walaupun tiada lagi keperluan untuk memohon permit polis bagi tujuan merentas daerah mulai esok, permit polis masih lagi perlu bagi tujuan merentas negeri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai kunjung-mengunjung demi keselamatan semua walaupun permit polis tidak lagi diperlukan untuk merentas daerah.

“Walaupun rentas daerah dibenarkan, kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan dan orang ramai perlu ada kawalan kendiri yang tinggi kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi Covid-19.

“Orang ramai juga perlu sedar bahawa kita semua bertanggungjawab mengutamakan keselamatan masyarakat, terutamanya mereka yang berada di kawasan pendalaman,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah turut tidak digalakkan untuk keluar dari rumah buat masa ini.

“Sekiranya perlu, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga (telah lengkap vaksinasi) dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Walaupun terdapat kelonggaran sekatan pergerakan bagi mereka yang menerima vaksinasi lengkap, orang ramai diharap untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan jangkitan.

“Amalkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam, pastikan pengudaraan yang baik dan elakkan aktiviti berkumpul,” tegasnya.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live