Perkhidmatan laman sosial WhatsApp, Facebook dan Instagram alami masalah- pengguna tidak dapat hantar mesej

Spread the love

KUCHING, 5 OKTOBER: Perkhidmatan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah dan pengguna tidak dapat menerima sebarang kemaskini baharu.

Sebanyak 43 peratus pengguna telah dilaporkan menghadapi masalah berkenaan dan 27 peratus pengguna tidak dapat menghantar mesej menerusi aplikasi berkenaan.

 Laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada jam 11.30 malam (waktu Malaysia) untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut

 Lebih 40,000 pengguna ketiga-tiga perkhidmatan tersebut dilaporkan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

 Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan.

 Terdapat juga laporan bahawa masalah mungkin berpunca daripada pelayan utama aplikasi berkenaan yang mengalami gangguan perkhidmatan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.