MOTAC teliti mekanisme kawal selia syarikat OTA

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti keperluan mewujudkan mekanisme kawal selia perkhidmatan dan operasi syarikat Online Travel Agent (OTA) di negara ini, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini tiada peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengawal selia perkhidmatan OTA yang ditawarkan kepada pengusaha hotel dan premis penginapan pelancong.

Beliau berkata pengoperasi OTA dengan pengusaha penginapan termasuk proses transaksi dengan pelanggan adalah berdasarkan persetujuan terma dan syarat antara pihak yang terlibat sahaja.

“Ini juga termasuk penetapan kadar komisen yang kini berdasarkan persetujuan aturan perniagaan kedua-dua pihak.

“Kawal selia itu nanti bukan sahaja boleh memastikan kualiti perkhidmatan premis penginapan yang baik, malah dijadikan sebagai kerjasama MOTAC dan pemegang taruh untuk terus meningkatkan industri ini ke tahap lebih baik,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai sama ada MOTAC bercadang menetapkan paras siling komisen harga jualan bilik melalui OTA berikutan kadar dikenakan syarikat itu kepada pengusaha penginapan pelancong yang tinggi dan membebankan.

Nancy berkata penelitian harus dibuat secara menyeluruh kerana jaringan perniagaan antara dua entiti itu adalah saling berkait dan memastikan ia tidak berat sebelah.

Beliau berkata kerjasama perniagaan antara OTA dan pengusaha penginapan adalah alternatif untuk menawarkan harga penginapan yang kompetitif kepada pelanggan.

“Pengusahan hotel bagaimanapun boleh memilih untuk bekerjasama dengan mana-mana OTA atau boleh menjual bilik hotel secara terus kepada pelanggan tanpa perkhidmatan OTA dan memperoleh keuntungan secara maksimum tanpa berkongsi dengan OTA,” katanya. – BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design