Pengasuh didakwa cuba bunuh bayi lelaki berusia tujuh bulan

By Bernama
Spread the love

IPOH, 29 September — Seorang pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, minggu lepas.

Nursahidah Amran, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahidah didakwa telah menghentak dan menyebabkan kecederaan pada kepala mangsa yang tertuduh mengetahui perbuatan tersebut boleh menyebabkan kematian kepada bayi itu.

Nursahidah dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan 2 di sini antara pukul 7 pagi dan 2.45 petang pada 22 Sept lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu sebagai pengasuh kepada bayi itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Razman dan Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi dan Mohamad Salihen Astor.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design