Khidmat Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan secara kontrak selama dua tahun

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 September — Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Acryl Sani, 59, dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Okt 2021 hingga 3 Okt 2023.

Beliau berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah R’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Acryl Sani atas pelanjutan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara. Saya percaya beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara.

“Saya yakin pelantikan ini dapat memberi semangat kepada semua pegawai dan anggota untuk terus bekerjasama dengan Ketua Polis Negara untuk memberi khidmat terbaik kepada negara,” katanya pada sidang media khas penyerahan watikah pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani dilantik secara rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-13 pada 4 Mei tahun ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei lalu.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live