Warga emas dilaporkan tidak pulang ke rumah ditemukan lemas dalam parit

By Bernama
Spread the love

BATU PAHAT, 26 September — Seorang wanita warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah malam tadi ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Betong dekat sini pada 11.54 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat mangsa, Jamyah Abd Halim, 73, dilakukan dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux dan dua unit kenderaan khas Bermotor Bomba (RIM) membabitkan 10 anggota.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa berada di dalam parit sedalam lima kaki dan usaha mengeluarkan mangsa dilakukan dalam masa lima minit oleh anggota bertugas.

“Kami memakai pakaian pelindung diri setelah mengetahui yang mangsa merupakan ‘Individu Di Bawah Pengawasan (PUS)’ dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Firdaus juga berkata orang ramai telah melakukan pencarian sejurus dimaklumkan oleh keluarga mangsa apabila menyedari warga emas itu tidak pulang ke rumah.

Beliau berkata operasi tamat pada 12.39 tengah hari.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design