Dua banduan didakwa sebabkan kematian rakan

By Bernama
Spread the love

KUALA TERENGGANU, 27 September — Dua banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan sepenjara mereka dengan memukulnya sehingga cedera di kepala dan anggota badan, bulan lepas.

Adura Mustaffa, 39, dan Azizul Danial Muhammad, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama telah menyebabkan kematian Hamiddi Kamaruddin, 48, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di Penjara Marang di Marang, pada 2 petang  21 Ogos lepas mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah Osman menetapkan 3 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris dalam kenyataan berkata hasil siasatan mendapati dua suspek dikenal pasti telah memukul mangsa menggunakan tangan sehingga cedera parah.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini pada 26 Ogos lepas dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman semasa berada di hospital akibat komplikasi daripada kecederaan kepala dan dada.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design