Sarawak United fail saman fitnah kenyataan tidak berasas ‘Wazien Wafa’

Spread the love

KUCHING: Sarawak United FC menafikan sekeras-kerasnya isu yang dikeluarkan individu bernama Wazien Wafa yang mendakwa pasukan Sarawak United FC tidak akan mendapat lesen daripada Malaysian Football League (MFL) untuk beraksi di saingan Liga Super 2022 berikutan masalah tunggakan gaji dikalangan pemain dan jurulatih.

Pengerusi Sarawak United FC Dato Posa Majais berkata, meskipun berlaku sedikit kesilapan dan kelewatan, pihaknya tetap tidak alpa akan tanggungjawab pengurusan sesebuah kelab.

“Sebagai sebuah pengurusan yang sentiasa peka dan bertanggungjawab, pihak kami sentiasa memastikan kebajikan kesemua ahli keluarga Sarawak United FC baik dari segala segi dan kami sangat menekankan perkara ini sebagai keutamaan,” kata Posa dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Posa tuduhan tidak berasas itu telah menimbulkan kontroversi yang tidak sihat untuk sesebuah pasukan.

Justeru pihak pengurusan Sarawak United akan mengambil tindakan undang-undang kerana lemparan fitnah itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kelab.

“Surat/ tindakan saman akan diserahkan kepada individu tersebut pada isnin 27 September oleh peguam Sarawak United sebagai pengajaran kepada individu tersebut yang sebelum ini turut pernah tular “gemar masuk campur” dalam urusan kelab-kelab lain tidak hanya Sarawak United sahaja,” kata kenyataan itu lagi.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live