Pegawai kanan SPRM disiasat miliki senjata api dan dadah

By Bernama
Spread the love


KUALA LUMPUR, 24 Sept — Polis mengesahkan siasatan terhadap seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan dua kes iaitu memiliki dadah dan senjata api dan bukan berhubung kes kehilangan wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pegawai kanan berkenaan ditahan pada Selasa lepas dan tangkapan dilakukan atas kesalahan memiliki dadah berbahaya dan senjata api serta peluru.

Beliau berkata individu itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata PDRM telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang diterima berkaitan kes berkenaan.

amzah berkata kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Isnin lalu, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan membabitkan dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.