Cerita cinta Takoyaki

By Ezzah Syafiqah
Spread the love
Gerai di ‘Open Market’

PENGGEMAR tegar takoyaki, Hisyam Sulaiman yang merupakan seorang pemegang ijazah jurukur tidak pernah membayangkan makanan kegemarannya itu akan mengubah nasibnya suatu hari nanti.

Setelah puas bergelar seorang juruukur bertauliah, beliau sedar sebenarnya minat beliau lebih cenderung ke arah memiliki perniagaanya sendiri.

Memandangkan beliau amat menyukai makanan Jepun ini, Hisyam, 29, atau lebih dikenali sebagai Syam mengambil keputusan berjinak-jinak menjual takoyaki secara sampingan.

“Ternyata makanan kegemaran saya ini merupakan titik tolak perubahan nasib saya, dari seorang juruukur kini saya mampu menggelar diri saya sebagai usahawan takoyaki,” kata Hisyam.

Takoyaki yang dijualnya berharga antara RM6 untuk lima biji, RM8 10 biji dan 20 biji pada harga RM20.

Hisyam dibantu pekerjanya bersama-sama menyiapkan tempahan pelanggan.

Katanya, beliau mampu menghasilkan sebanyak 1,500 biji takoyaki dalam sehari.

“Memang tak sangka takoyaki ini ‘laku keras’ di sini dan rezeki saya rupanya terletak pada penjualan makanan yang paling saya gemari.

“Sejujurnya tidak mudah menukar bidang yang saya belajar sebelum ini kepada bisnes yang baru setahun jagung saya belajar.

“Walaupun banyak tentangan dan kritikan diterima daripada rakan-rakan tetapi Alhamdulillah, kedua ibu bapa saya menyokong penuh untuk saya memulakan perniagaan yang saya optimis dengan pilihan saya sendiri,” kata Hisyam.

Akui beliau, walaupun proses untuk membuat takoyaki ini agak sukar pada mulanya dan memerlukan banyak masa namun kerana minat beliau teruskan jua. Dari situ beliau belajar cara menangani semua proses pembuatan.

Beliau menjadikan Karll’s Ball si pembuat takoyaki yang berjaya di New York sebagai inspirasi beliau untuk membakar semangat dan terus berjaya.

Kini beliau sudah mempunyai tiga cawangan iaitu cawangan di Petrajaya, ‘Open air Market’ dan juga Metrocity. Namun di musim PKP ini hanya satu cawangan beliau yang bergiat aktif iaitu di ‘Open air market’.

 Malah untuk tempahan takoyaki beliau kini sudah boleh didapati dalam aplikasi Grabfood dan Foodpanda.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.