1,500 penggiat Industri pelancongan terima pensijilan pematuhan SOP COVID-19

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Sebanyak 1,500 penggiat industri pelancongan telah mendapat pensijilan pematuhan bagi menjalankan operasi mereka dalam suasana norma baharu di bawah Garis Panduan Patuh dan Amal Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis berkata pensijilan yang dikeluarkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu merangkumi tujuh aspek dalam menjaga kepentingan keselamatan para pelancong.

“Tujuh aspek itu antaranya melibatkan SOP pergerakan, pengoperasian, kaedah pembayaran dan tempahan dalam tempoh setahun ini. Sebanyak 1,500 penggiat industri pelancongan telah menerima pensijilan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Pelancongan Hidup Semula”, yang disiarkan malam ini.

Menurut Uzaidi, pensijilan itu secara langsung membuktikan bahawa industri pelancongan sudah bersedia untuk kembali beroperasi sekali gus menjana semula peluang pekerjaan dan ekonomi negara.

“Di Langkawi, pensijilan dalam kalangan penggiat industri pelancongan sudah menghampiri 100 peratus. 

“Tetapi apa yang penting pelancong sendiri perlu sentiasa peka untuk menjaga SOP, sekiranya nampak sesuatu lokasi itu ramai sangat orang beratur janganlah ke situ, cari tempat yang ada penjarakan fizikal dan peraturan yang baik,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju membenarkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Setakat ini, 80 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.