Mayat dua pemancing lemas ditemukan terapung di Kota Tinggi

By Bernama
Spread the love

KOTA TINGGI, 22 Sept — Dua lelaki yang sebelum ini dikhuatiri lemas dan dilaporkan hilang ketika memancing di atas sebuah bot berhampiran Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini dua hari lepas, ditemukan terapung oleh nelayan tempatan, pagi ini.

Komander Operasi Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata mayat mangsa pertama Ramdan Sulaiman, 50, dijumpai kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi bot pada pukul 7.10 pagi. 

Sementara mayat mangsa kedua Amiruddin Abdul Malik, 53, ditemukan kira-kira 200 meter (m) dari lokasi bot pada pukul 8.04 pagi dengan jarak bot dari jeti berkenaan dianggarkan 400m dengan kedalaman 15m.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Marin, anggota polis dan nelayan tempatan itu ditamatkan pada pukul 9.30 pagi ini, sejak bermula pukul 10.47 malam 20 Sept lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail untuk tindakan selanjutnya,

Sementara itu, Hasra ketika dihubungi berkata berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa dipercayai tidak memakai jaket keselamatan ketika memancing di atas bot tersebut.

“Justeru itu, kita ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan apabila melakukan segala aktiviti bot. 

“Selain itu, sentiasa pastikan keadaan cuaca baik sebelum meneruskan aktiviti bot, apatah lagi ketika ini cuaca tidak menentu dan adakalanya berlaku hujan dan ribut,” katanya.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design