Kes tembak anggota TUDM, Polis tunggu laporan forensik

By Bernama
Spread the love

KUCHING, 22 Sept: Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata laporan tersebut antara lain turut melihat kepada kandungan telefon bimbit mangsa serta suspek yang diambil bagi membantu siasatan.

Katanya telefon-telefon berkenaan telah dihantar ke unit forensik di Bukit Aman dan pihaknya kini masih menunggu laporan daripada mereka.

“Banyak perkara yang perlu diteliti dalam kes ini kerana melibatkan empat mangsa. Kita perlu lihat sejarah mereka…kandungan dalam telefon sama ada terdapat masalah seperti perbalahan atau isu lain yang boleh mencetuskan kejadian itu.

“Selain itu, kita juga telah rakam keterangan saksi serta rakan-rakan mangsa,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.

TUDM sebelum ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan pada 13 Ogos lepas membabitkan empat anggota pasukan itu pada pukul 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan.

Empat anggota yang terkorban dalam insiden berkenaan ialah Kpl Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Kpl Udara Mohamad Ehsan Sehamat, Kpl Udara Ho Swee Boon dan Laskar Udara Nesly Anak Nabau.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.