Sarawak mula terima vaksin jenis CanSino esok

By Noorliana Idayu Binti Adruce
Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Sarawak bakal menerima sejumlah vaksin satu dos jenis Cansino pada 21 dan 22 September, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kita akan menerimanya tetapi jumlahnya tidak banyak kerana penduduk di kawasan pedalaman sudah 90% menerima vaksin,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri (JPBN) Sarawak setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 di sini, hari ini.

Jelasnya, vaksin berkenaan sesuai untuk program imunisasi COVID-19 di kawasan pedalaman terutamanya dalam kalangan masyarakat Penan.

Terdahulu, vaksin dengan dos tunggal itu sudah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Dalam pada itu, Uggah turut mengingati semua masyarakat bahawa tanggungjawab menentang COVID-19 bukan hanya terletak pada bahu kerajaan.

Malah katanya, seluruh masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam membendung daripada berlakunya sebarang penularan COVID-19.

“Masyarakat perlu sedar akan hakikat untuk hidup bersama virus COVID-19 dan masyarakat  perlu menyesuaikan diri dengan situasi di fasa endemik kelak,” ujarnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.