Masyarakat perlu berdisiplin menuju fasa endemik

By Noorliana Idayu Binti Adruce
Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Masyarakat diseru supaya terus berdispilin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Abdullah Saidol berkata, sudah tiba masanya masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing – masing untuk membendung penularan COVID -19 dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja.

“Masyarakat harus bersama-sama kerajaan dalam memastikan kita beralih ke fasa yang lebih selesa tanpa memerlukan SOP yang ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kesedaran Awam COVID-19 di sini hari ini.

Abdullah berkata, sekiranya masyarakat memberi kerjasama yang baik, tidak mustahil kehidupan akan berjalan seperti sedia kala.

“Namun, terdapat beberapa amalan tertentu yang masih perlu diutamakan masyarakat seperti sentiasa menjaga kerbersihan diri dalam usaha mengurangkan jangkitan virus. Ini sangat penting supaya sektor ekonomi negara dapat dibuka seperti biasa,”katanya.

Dalam pada itu, Abdullah turut mengucapkan tahniah kepada rakyat yang kini dilihat lebih sedar mengenai tanggungjawab membendung penularan COVID-19 termasuk menjalani ujian saringan COVID-19 secara sukarela.

“Ia adalah satu tahap kesedaran yang patut diteruskan, sikap sivik dan keprihatinan seperti ini wajar untuk kita hargai,” ujarnya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.