CUEPACS cadang cuti beku digantikan dengan pembayaran tunai

By Connie Grace
Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya kerajaan negeri Sarawak supaya cuti tahunan pekerja barisan hadapan yang dibekukan digantikan dengan pembayaran wang tunai.

Hal ini berikutan pekerja barisan hadapan tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan kerana terpaksa bertugas atas kepentingan perkhidmatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung wabak COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, pihaknya turut memohon agar baki cuti tahunan yang telah dibekukan beleh ditebus dengan tunai.

“Cadangan ini merupakan suatu usaha kita bagi menghargai penjawat awam yang bertugas sebagai barisan hadapan yang bekerja dibawah kerajaan negeri.

“Ini supaya cuti tahunan telah dibekukan dapat digantikan dengan pembayaran wang tunai,” katanya ketika ditemui wartawan selepas mengadakan kunjungan hormat bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pada Isnin.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.