COVID: 99.78% kes di Sarawak libatkan kategori 1, 2

By TVS
Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Sebanyak 99.78 peratus daripada 3,619 kes yang dilaporkan di Sarawak pada Isnin melibatkan kategori satu dan kategori dua.

Manakala bagi kategori tiga, empat dan lima pula, hanya sebanyak 0.22 peratus ataupun lapan kes dilaporkan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“2,278 (62.95 peratus) kes baharu yang direkodkan merupakan kategori satu (tiada gejala), 1,333 (36.83 peratus) kategori dua ( gejala ringan), tiga kes (0.08 peratus) kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan lima kes (0.14 peratus) kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” jelas JPBN Sarawak.

Selain itu, JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak lapan kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada 14 September 2021 hingga 18 September 2021 dengan kesemuanya melibatkan ko-morbid.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Sarawak 697.

Dalam pada itu, empat lagi kluster COVID-19 diisytiharkan di Sarawak dengan kesemuanya merupakan kluster komuniti membabitkan penduduk rumah panjang di Tatau, Bintulu, Beluru dan Limbang.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.